Klik untuk murah rezeki !!

Monday, February 21, 2011

:: Apa yang best sangat i-Teacher ini?? ::

I-teacher


31 Jan 2010: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan produk ‘I-Teacher‘ yang dihasilkan bagi membantu proses pembelajaran di peringkat sekolah.




‘I-Teacher‘ dihasilkan menerusi penyelidikan tiga tahun Prof.Hanafi Atan, Prof.Madya Zuraidah Abdul Rahman dan Prof.Madya Omar Majid, pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM menerusi kerjasama USM dengan 2 buah syarikat berasaskan teknologi pendidikan, iaitu e-Educator Sdn. Bhd. dan Kenshido International Sdn. Bhd.



Produk berasaskan internet tersebut dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar.

“Kini telah wujud generasi baru yang dikenali sebagai ‘Digital Natives‘. Mereka ini lahir pada akhir tahun 1970-an dan dibesarkan dalam dunia di mana teknologi sudah wujud dan kian giat berkembang. Seharusnya wujud pertimbangan agar sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan warga ‘Digital Natives’ ini,”


Score A-iTeacher adalah Pemenang Anugerah Pingat Perak

sempena Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX 2008) di Jepun.

Ciri-Ciri Unik :


Isi kandungan yang komprehensif

Dibangunkan mengikut Prinsip Rekabentuk Pengajaran termasuk gambar dan grafik

Alih bahasa daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia untuk terminologi-terminologi tertentu

Pautan ke sumber luaran (laman web lain dan animasi) daripada isi kandungan

Bilangan contoh soalan dan penyelesaian yang banyak

Avatar Pintar ialah agen pedagogi (tutor, jurulatih atau guru) yang terdiri daripada avatar maya menyerupai manusia. Ia memberikan maklumbalas berinteraktif terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya melalui suara dan teks. Ia mempunyai darjah keserupaan manusia yang tinggi dan memberikan maklumbalas pintar terhadap semua soalan (soalan sosial dan yang berkaitan dengan isi kandungan) yang dikemukakan kepada avatar

Animasi (dibangunkan sendiri)
Tutorial ‘powerpoint’ atas permintaan
Penilaian berinteraktif
Alat Pembelajaran lain (rajah berinteraktif, pembuka minda, e-book, mainan pendidikan dan lain-lain

** Untuk keterangan lanjut boleh klik di SINI

No comments:

Post a Comment