Klik untuk murah rezeki !!

Thursday, February 18, 2010

:: Score-A, i-Teacher bantu pelajar SPM !! ::

GEORGETOWN- Pemasaran produk Score-A dan i-Teacher merupakan produk bermakna kepada dunia pendidikan kini kerana ia membuktikan hasil inovasi penyelidikan universiti tempatan dapat dikomersialkan untuk digunakan masyarakat secara praktikal.


Yang dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, berkata, produk berasaskan Internet itu dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran (KPM) selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan Avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa penuntut.


“Ketika ini, i-Teacher’ dan Score-A direka bentuk dengan khusus bagi membantu pelajar Tingkatan Empat dan Lima sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya ketika melancarkan pemasaran produk Score-A dan I-Teacher di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).

Abdul Rahman Abbas berkata , perisian Score -A dan i-Teacher melibatkan produk untuk pelajar sekolah kerana ia menekankan aspek pendidikan yang menjurus kepada pembangunan negara.

“Dua produk pendidikan secara talian dapat melahirkan remaja berilmu, mahir dan berpengetahuan.
“Selain itu, corak pembelajaran canggih perlu diteliti dan disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan persekitaran untuk generasi pelajar dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
“Produk pembelajaran berasaskan Internet, diharap dapat memenuhi inspirasi kerajaan untuk melihat ICT digunakan lebih banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai peringkat,” katanya
     Beliau berkata, produk itu akan memberikan banyak manfaat dan kegunaan bukan sahaja kepada golongan muda malah kepada masyarakat secara keseluruhan termasuk pelajar, ibu bapa dan KPM.
   Manakala, pelajar boleh menjadikan Score-A dan i-Teacher sebagai bantuan kepada proses pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan secara sistematik. Ia boleh diakses pada bila-bila masa dan tanpa batasan serta mewujudkan suasana pembelajaran mengikut kesesuaian,” katanya.










Tuesday, February 16, 2010

:: SEMINAR PERCUMA PROGRAM E-PENDIDIKAN ::

 Kenapa dan mengapa bila disebut sahaja program keusahawanan...ramai yang mengeluh,melarikan diri dan takut??Lagi-lagi yang melibatkan MLM iaitu Multilevel Marketing .Beribu-ribu alasan akan kedengaran di setiap bibir .Walaubagaimanapun, terfikir juga salah kah kita berkongsi lagi-lagi tentang isu pendidikan.Satu hari nanti jika anak cemerlang dalam peperiksaan ,adakah kita nak harapkan biasiswa dari kerajaan??Masa itu dah ramai pelajar yang cemerlang dari  masa ke semasa.Orang kata ada duit semua boleh.Tak perlu harapkan biasiswa dari kerajaan.Pinjaman pula tinggi interestnya.Score A bukan la satu bisnes MLM seperti bisnes2 yang lain.Ianya adalah trend terkini pembelajaran di zaman ICT ini.Oleh itu,tak semestinya anda WAJIB turut serta,tetapi sebagai ruang berkongsi ketika anda menghadiri seminar ini.

Saturday, February 13, 2010

:: Kenapa perlu memilih Programme Score A ? ::

1) Produk.




Produk pendidikan iaitu silibus pembelajaran dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 dan mengikut Silibus yang sama seperti di Sekolah. Produk Score A merupakan produk keperluan dan berkualiti yang boleh didapati dengan harga yang murah. Antara kelebihan lain produk Score A tidak mempunyai persaingan dan produk ini juga tidak bermusim kerana setiap tahun akan ada pelajar yang memasuki alam persekolahan.


2) Potensi Pasaran.


Terdapat lebih kurang 5.5 juta pelajar dari darjah satu sehingga tingkatan 3 dan lebih kurang ada 1.5 juta pelajar ditingkatan 4 dan 5. Dan setiap tahun tidak kurang dari 1 juta pelajar baru akan memasuki darjah 1. So anda boleh lihat potensi pasaran untuk memasarkan produk ini tidak terhad dan tidak bermusim malah ianya tidak akan mudah tepu dan berjangka panjang.


3) Prasarana


Anda boleh gunakan produk ini 24jam selagi mana ianya boleh diekses melalui internet. Malah sebagai usahawan Score A anda akan mempunyai sebuah office maya yang dipanggil K-Office untuk anda memantau perjalanan perniagaan anda (e-dagang). Program Score A ini diasaskan oleh Kenshido International Sdn Bhd yang sudah 10 tahun berada didalam pasaran sejak tahun 1999 lagi. Pada tahun 2006 mula memasarkan produk score A melalui sistem Networking jika masuk tahun ini baru mencecah 3 tahun.


4) Pelan Pemasaran.


Menggunakan sistem Hybrid dimana anda boleh menjana pendapatan secara mingguan dan bulanan. Malah pay out adalah tertinggi sehingga 83% kerana kos overhead produk yang sangat rendah. Baru baru ini pihak Syarikat telah melantik Panel Syariah untuk memantau perjalanan sistem ini dan ini merupakan yang pertama bagi company MLM.


5) Pengiktirafan


8 menteri telah mengiktiraf dan melancarkan portal Score A ini.


6) Prinsip Syarikat


Menyokong aspirasi kerajaan untuk mengwujudkan satu rumah satu komputer. Tambahan pada 2010 kebanyakan sekolah di Malaysia akan mengguna pakai konsep Sekolah Bestari 100%.




Jika anda menyertai usahawan score A juga anda bertuah kerana saya bernaung dibawah kumpulan ZRB Millionare Club dimana kekuatan kumpulan ini adalah gerakan berkumpulan dan latihan yang diberikan mampu menjana pendapatan sekurang kurangnya 5 angka sebulan. Apa yang diperlukan komitment anda saja.




Hubungi kami di talian 013 3621852.tq

Thursday, February 11, 2010

:: Ciri-Ciri Unik Program Score A ::

CIRI-CIRI UNIK SCORE A PROGRAMME


Antaranya ialah:

: : Soalan-soalan berpandukan topik ::

eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah. Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Ibu bapa dapat membantu perkembangan akademik anak-anak. Maka dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

                                         Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan ‘memaksa’ pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.

eNotes adalah nota ringkas tetapi padat yang disdiakan untuk semua mata pelajaran dalam program Score A.

eNotes sangat sesuai untuk pelajar mengulangkaji sesuatu mata pelajaran sebelum membuat latihan. Ia disediakan secara topikal. Oleh itu, pelajar disaran meneliti eNotes sebelum menjawab soalan dalam eTopic.
                Dengan demikian, pelajar akan lebih bersedia untuk membuat latihan atau menjawab soalan yang disdiakan melalui eTopic, terutama dalam membuat pilihan jawapan yang tepat.


:: eAssessment™- Soalan-soalan Umum ::
eAssessment™ telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah. Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.


Objektif utama eAssessment™:-


:: Menyediakan pembelajaran output secara terus.::
:: Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.::
::Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.::
::Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab. ::

          
   Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui eAssessment , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar dari kesilapan. Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus yang mana ia akan memaksa pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4. Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.

                                      

:: eTrial Exam ::
Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.

    Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi. eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya adalah serta merta.
    Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.

      
ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

                           Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.


eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.


eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.

Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
         Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.
Objektif utama:-
  :: Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak. ::
  :: Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka. ::
  :: Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.::
       
         Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.

 

:: Pengiktirafan Portal Score A ::

PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A
PERINGKAT NEGERI JOHOR
OLEH

Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein
 Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006



SURAT SOKONGAN DARIPADA MAJLIS PERMUAFAKATAN PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU NASIONAL (PIBGN)

 
                                    

:: Profile Syarikat Kenshido International ::


                                       LATARBELAKANG SYARIKAT

Kenshido International merupakan sebuah syarikat tempatan yang menerajui ombak webucation pada tahun 1999. Apabila IT diperkenalkan pada tahun 1990, syarikat melancarkan program E-learning untuk menyediakan pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh En. Jason Kok ( Presiden dan Group CEO). Setelah 10 tahun sejak penubuhan, Kenshido International telah berjaya membantu beribu pelajar Skor A dalam peperiksaan utama kerajaan termasuklah UPSR, PMR dan SPM. Hari ini, jenama Score A telah unggul.

                                            LEMBAGA PENGARAH
Mr. Jason Kok Min Chong
                                                              Presiden dan Group CEO

Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.
Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggugjawab mepelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.
     En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.
                                                                       4 Kepakaran:

:: Pengurusan kewangan ::
:: Pembina impian :: 
:: Perhubungan Networker :: 
:: Latihan sistem :: 
   :: Sokongan sistem :: 

Mr. Steven Cheong Chee Meng
       Pengurus Besar

En. Steven Cheong bermula kerjaya beliau sebagai Penolong pengurus pentadbiran selepas graduan di Perth, Australia. Beliau pulang ke Malaysia dalam tahun 1973 dan mula berkecimpung dalam industri MLM berikutan dengan bukti-bukti yang tercatat. En. Steven Cheong telah mencapai kejayaan dalam kedua-dua industri pemasaran satu tingkat (single level) dan berbilang tingkat (multi level).
En. Steven Cheong pernah menjayakan beberapa syarikat MLM apabila memegang jawatan sebagai pengurus besar dan pengarah pemasaran dan Pentadbiran. Dengan pengalaman dan pendedahan melebihi 30 tahun dalam industri MLM. Beliau yakin mencatat rekod dan mencecah pendapatan untuk networker serta menyumbang dan membawa Kenshido International ketahap yang lebih tinggi

Kepakaran:

::Pengurusan::
::Pehubungan awam::
::Penceramah umum::
::Pembina rangkaian::
::Motivasi::


Puan Norlia Ahmad
  Executive Iron Lady

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.

Dato’ Ghazali Bin Uda Umar
Director of ScoreA™ Worldwide Sdn Bhd

Education Director

Dato’ Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang “Diploma in Higher Education Admin” dari University of London.

Dalam bidang pendidikan, Dato’ Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato’ Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.


                                

:: Potensi Web Education Menjelang 2010 di Seluruh Negara ::



Siapakah beliau ini??

Beliau ialah Peter Drucker Icon Perniagaan Dunia berumur 92 tahun dan telah menulis 30 buku mengenai kemasyarakatan,politik, ekonomi dan pengurusan serta telah menyumbang penulisan artikel di dalam Wall Street Journal dan Harvard Business Review.


Menurut beliau, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi di masa hadapan malah lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia , pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar secara online melalui laman sesawang dan portal pendidikan seperti Program Score A.
  


                                   ‘LEVERAGE’ –“Work Smart” – Explosive Income


Permintaan Yang Tinggi

Produk pendidikan ialah produk keutamaan setiap keluarga

Kadar Penolakan Yang Rendah

Majoriti manusia mementingkan pendidikan tidak kira latar belakang

Anti Kemelesetan Ekonomi

Pendidikan ialah produk keperluan sama ada masa ekonomi makmur atau gawat

Pasaran yang sedia ada – 5 juta pelajar

Pelajar sekolah ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa

Pasaran sentiasa berkembang

500, 000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun

Tiada Tandingan – 99% Syarikat Networking bukan produk pendidikan (majoritinya produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah)

Perniagaan Jangka Masa Panjang ( Dunia & Akhirat)

Pendapatan Royalti (Selama 9 Tahun)



:: Kenshido International Diiktiraf Syarikat Patuh Syariah/”Syariah Compliance” ::


Ramai yang pertikaikan dan ragu-ragu dengan produk "Score Program" sebagai MLM.Jadi syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah diikitiraf sebagai Syarikat Patuh Syariah/‘Syariah Compliance’ dari Bank Muamalat memandangkan terllau banyak skim MLM yang banyak di luar sana.Oleh itu syarikat Kenshido International telah membuktikan bahawa Score A programme adalah berlandaskan syariah.

Antara panel syariah di Bank Muamalat ialah:

1.Ustaz Azizi Seman :Pensyarah Syariah Ekonomi ,Akademi pengajian Islam UM(Universiti Malaya)

2.Ustaz Dr Engku Fadzil :Pensyarah undang2 Islam ,UIA (Universiti Islam Antarabangsa)


Mengapa Kenshido International layak mendapat pengiktirafan tersebut:

1.Produk yang ditawarkan mesti benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius. Kualiti dan keberkesanannya mesti dapat dibuktikan dan menjadi kekuatan kepada syarikat tersebut.

Kenshido International pada mulanya bukan syarikat berasaskan network marketing. Hanya selepas tempoh percubaan dan pembangunan program Score A dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menunjukkan pencapaian cemerlang, barulah syarikat membuat keputusan menggunakan platform ’network marketing’.

Apa yang saya tahu ini adalah satu peluang yang baik kerana syarikat tidak hanya berhasrat memberikan portal pendidikan terbaik kepada para pelajar sekolah di Malaysia. Syarikat juga mengambil kira beban yang ditanggung oleh ibubapa untuk menampung kos pendidikan anak-anak di sekolah. Justeru itu, program pendidikan ini kini menjadi sumber pendapatan keluarga dan sumber kecemerlangan pelajar Malaysia.

Program ini mempunyai rekod prestasi cukup baik melalui testimoni pelajar, ibubapa dan pihak sekolah. Selama 7 tahun, Score A terus menyumbangkan kepada pembangunan pendidikan alternatif berasaskan online di negara ini. Jika masih ragu boleh layari www.scorea.com/

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Score A Programme ialah produk Output Learning yang boleh diakses secara talian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja (online tuition). Satu set portal mengandungi 2 kad untuk kegunaan satu keluarga (untuk 2 anak) selama 6 bulan. Harga hanya RM596 untuk semua subjek (100% mengikut silabus Kementerian Pendidikan).

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Keuntungan daripada jualan portal pengguna Score A ialah jelas mengikut pakej yang dibeli oleh usahawan Score A. Contohnya ahli ePartner (pakej Rm1,788) mendapat untung bersih RM1192 selepas ditolak duit modal.

Bayaran bonus oleh Kenshido International ialah yang tertinggi di Malaysia setakat ini.Usahawan Score A Programme samada baru ataupun sudah lama dalam bisnes ini, bersaing secara sihat dalam level yang sama. Maksudnya pendapatan masuk hasil daripada usaha setiap ahli usahawan. Orang atas tidak akan dapat apa-apa jika hanya melaburkan modal tanpa berusaha. Tidak heran jika ahli yang baru 3-4 bulan join dah masuk list millionaire earner.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.
Setiap ahli yang menyertai Score A Programme juga adalah pengguna. Contohnya ibubapa yang menyertai dengan tujuan untuk memberikan program pendidikan terbaik untuk anak mereka. Apabila mereka perkenalkan program ini kepada ibubapa lain, mereka mendapat keuntungan 100% daripada hasil jualan portal tersebut. Kami mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ahli hanya mengeluarkan modal sekali sahaja seumur hidup. Portal pendidikan Score A ini tidak ada tarikh luput. Ia boleh disimpan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna lain dengan harga yang telah ditetapkan iaitu RM596. Setelah habis semua portal yang ada, ahli tidak perlu membeli portal baru, tetapi boleh membantu downline jual portal mereka (teamwork). Selain itu, jika anda prospect yang mahu join mereka tetapi tidak mempunyai modal, portal ini boleh digunakan untuk menaja prospect tersebut.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya.
Setiap ahli Score A Programme ialah ‘leader’. Setiap hari di seluruh Malaysia ada diadakan sesi preview/taklimat berkaitan program ini. Melalui sesi ini, ahli baru akan diberi maklumat, motivasi, teknik yang betul untuk bermula, cara mencari prospect, cara buat closing, training dan sokongan untuk sistem k-office online. Ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk berjaya melalui peluang perniagaan ini. Kami mempunyai sistem yang terbukti berkesan, praktikal, mudah dan cepat untuk dijadikan panduan. Seterusnya hanya lakukan duplikasi sahaja.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Saya sudah menerangkan tadi yang semua ahli usahawan Score A bersaingan ’in the same playing level’. Ini ialah perniagaan anda, bukan perniagaan upline ataupun downline anda. Nak berjaya dalam Score A, anda kena berusaha. Saya sangat tidak mementingkan kuantiti downline di bawah saya, tetapi kualiti yang ada pada setiap orang. Tidak ada guna ada 1000 downline tetapi 90% semua ‘tidur’.

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Pelan pemasaran Score A sangat mudah untuk difahami. Tidak banyak yang perlu dipelajari kerana produk hanya ada satu iaitu portal Score A sahaja. Tidak ada kos-kos tersembunyi.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Saya sudah menerangkan tadi yang keuntungan dalam perniagaan Score A ini ialah berdasarkan pakej yang diambil semasa mendaftar sebagai ahli. Semakin besar pakej semakin besar dan cepat keuntungan yang diperolehi. Walaupun begitu untuk ahli yang start dengan pakej kecil boleh ’upgrade’ kepada pakej yang lebih besar kemudian. Upline dengan pakej yang lebih besar (eE dan eMax) lebih menguntungkan kerana dapat duit processing fee (RM80) dan ’commission rolled up’.

*****************************************************************************

      Dalam melakukan kajian terhadap Kenshido/Score A, kedua-dua Penasihat Syariah Kenshido telah melakukan kajian :



1. Menilai produk portal Score A Programme


2. Menilai Pelan Pemasaran secara terperinci (kedua-dua pelan Fast Start Bonus - Bonus Harian dan pelan Leadership Bonus - Bonus Bulanan)


3. Menilai latar belakang dan maklumat berkenaan syarikat Kenshido International


4. Menghadiri program-program preview dan latihan kelolaan Kenshido


5. Melawat pusat server Kenshido/ Score A


6. Bermesyuarat dengan wakil syarikat dan wakil networker secara berkala sejak Oktober 2009 hingga Februari 2010

    Kedua-dua Penasihat Syariah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk terlibat dalam perniagaan MLM Score A agar mereka kekal independent dan neutral


:: Testimonial ::






















:: Pakej-pakej Usahawan Score A ::

                                                      PAKEJ SCORE A



                                                SCORE A TUISYEN !!

Walaupun penglibatan di dalam Pakej eUser tidak memberi peluang kepada pengguna untuk memperolehi portal secara percuma seperti di atas, namun sebagai perbandingan ia masih murah dibandingkan dengan tuisyen. Malah ramai jugai bubapa yang melanggan portal Score A menghentikan penghantaran anak kepusat tuisyen kecuali kes-kes tertentu di mana si anak itu terlalu lemah sesuatu subjek, justeru memerlukan bantuan bersemuka dengan guru pakar.


Kita tidak mengatakan tuisyen langsung tidak diperlukan.Ia pun ada peranan, cuma kebergantungan sebahagian besar ibubapa keatas tuisyen dapat dikurangkan dengan penggunaan portal Score A.

Atas sebab itulah, Portal Score A boleh dianggap sebagai "tuisyen-di-rumah" atau "home-tuition"

:: Apa yang perlu anda tahu ?? ::

Kenshido International Sdn Bhd (556600-A) (AJL 931448) - kenshido.com

1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
2. Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input".
Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran output" yg berterusan.
3. Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
5. Kenapa eReport Card dalam Score- A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.
7. Adakah Score-A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
8. Perlukah anak saya mengikuti Score-A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
9. Mengapakah Score-A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score-A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.
10. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score-A Programme™ berpatutan?
Ya, Score-A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.

i. Harga Score- A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score- A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"

:: KINI ANAK ANDA BOLEH BELAJAR ONLINE PADA BILA-BILA MASA, DIMANA SHJ, DAN ANDA BOLEH MEMANTAU PRESTASI MEREKA DGN MUDAH ::

Masalah Kita Sebagai Ibu Bapa :

1.Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak
2.Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah rumah
3.Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak
4.Anak kita cuma membawa balik kad laporan 2 kali setahun
5.Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak kita
6.Anak menghadapi tekanan/ takut peperiksaan
7.Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan
8.Kekurangan interaksi anatara kita dan anak

Kelebihan :
1. Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak mereka
2. Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak
3. Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta, jika perlu

Kelebihan Modul Program Score A :

1. E-Past Year Exam Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan A.
2. E-Trial Exam Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
3. E-Assessment Latihan output serta-merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan.
4. E-Topic Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input membantu para pelajar memahami setiap topic dalam mata pelajaran yang mereka pelajari.

Liputan Silibus :Sekolah Rendah (Tahun 1 -6)
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Matematik (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
4 Sains (Tahun 1 - 3 dalam Bahasa Inggeris)
5 Bahasa Cina

Sekolah Menengah (Tingkatan 1 -3)
1 Bahasa Melayu
2 Bahasa Inggeris
3 Bahasa Cina
4 Geografi
5 Sejarah
6 Matematik (Bahasa Inggeris)
7 Sains (Bahasa Inggeris)

Penyelesaian kepada masalah ibubapa melalui sistem di atas :
Real time E-Report Card dan sistem SMS

Pengiktirafan :
1. Pemuafakatan PIBG National (PIBGN) - 13 Jun 2003
2 .Buletin TV3 - 28 Februari 2004
3. Timb Menteri Pendidikan, Y.B. Dato' Abdul Aziz Shamsuddin 25 Ogos 2002
4. Menteri Usahawan Koperasi & Pembangunan, Y.B. Datuk Khalid Nordin - 15 Julai 2005
5. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Y.B. Dato' Noh Bin Omar
6. Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia, Y.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin - 23Mac 2006
7. Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein - 3 Mac 2006

Berapa harga Program Score A?

1. Harga portal 6 bulan = RM596 (Pengguna sahaja)
2. Harga portal 2 tahun setengah = RM1788 (automatik jadi usahawan Score A)

Mengapa Score A boleh disertai oleh semua?
Ini adalah kerana Score A juga menawarkan peluang perniagaan yang lumayan sehingga berpeluang mendapat pendapatan sebanyak RM25 ribu hingga 150 ribu dalam masa 3 bulan. Ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun keatas dan yang masih belum bekeluarga.

Menjelang 2010 kerajaan kita berhasrat untuk mewujudkan 100% sekolah bestari di negara kita. Program Score A sudah pun digunakan di sekolah-sekolah bestari pada masa kini. Jangan ketinggalan!

Kelebihan Kepada Ibubapa :
1. Pemantau kekuatan dan kelemahan anak-anak
2. Nilai tahap perkembangan akademik anak-anak pada bila-bila masa.
3. Bantu perkembangan akademik anak-anak.
4. Dapat memberi bantuan serta merta, jika perlu.
5. Pantau progress pembelajaran anak-anak. Alert SMS setelah siap latihan dibuat. (Optional)

Kelebihan Kepada Pelajar :
1. Berlatih menggunakan kertas sebenar soalan tahun-tahun lepas.
2. Menilai tahap pemahaman terhadap topik yang diajar disekolah.
3. Betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR dan PMR.

:: Promotion Score A ::