Klik untuk murah rezeki !!

Thursday, February 18, 2010

:: Score-A, i-Teacher bantu pelajar SPM !! ::

GEORGETOWN- Pemasaran produk Score-A dan i-Teacher merupakan produk bermakna kepada dunia pendidikan kini kerana ia membuktikan hasil inovasi penyelidikan universiti tempatan dapat dikomersialkan untuk digunakan masyarakat secara praktikal.


Yang dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, berkata, produk berasaskan Internet itu dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran (KPM) selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan Avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa penuntut.


“Ketika ini, i-Teacher’ dan Score-A direka bentuk dengan khusus bagi membantu pelajar Tingkatan Empat dan Lima sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya ketika melancarkan pemasaran produk Score-A dan I-Teacher di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM).

Abdul Rahman Abbas berkata , perisian Score -A dan i-Teacher melibatkan produk untuk pelajar sekolah kerana ia menekankan aspek pendidikan yang menjurus kepada pembangunan negara.

“Dua produk pendidikan secara talian dapat melahirkan remaja berilmu, mahir dan berpengetahuan.
“Selain itu, corak pembelajaran canggih perlu diteliti dan disesuaikan dengan kehendak, keperluan dan persekitaran untuk generasi pelajar dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
“Produk pembelajaran berasaskan Internet, diharap dapat memenuhi inspirasi kerajaan untuk melihat ICT digunakan lebih banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai peringkat,” katanya
     Beliau berkata, produk itu akan memberikan banyak manfaat dan kegunaan bukan sahaja kepada golongan muda malah kepada masyarakat secara keseluruhan termasuk pelajar, ibu bapa dan KPM.
   Manakala, pelajar boleh menjadikan Score-A dan i-Teacher sebagai bantuan kepada proses pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan secara sistematik. Ia boleh diakses pada bila-bila masa dan tanpa batasan serta mewujudkan suasana pembelajaran mengikut kesesuaian,” katanya.










No comments:

Post a Comment