Klik untuk murah rezeki !!

Thursday, February 11, 2010

:: Pengiktirafan Portal Score A ::

PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A
PERINGKAT NEGERI JOHOR
OLEH

Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein
 Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006



SURAT SOKONGAN DARIPADA MAJLIS PERMUAFAKATAN PERSATUAN IBU-BAPA DAN GURU NASIONAL (PIBGN)

 
                                    

:: Profile Syarikat Kenshido International ::


                                       LATARBELAKANG SYARIKAT

Kenshido International merupakan sebuah syarikat tempatan yang menerajui ombak webucation pada tahun 1999. Apabila IT diperkenalkan pada tahun 1990, syarikat melancarkan program E-learning untuk menyediakan pelajar bersiap sedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Ditubuhkan pada tahun 1999 oleh En. Jason Kok ( Presiden dan Group CEO). Setelah 10 tahun sejak penubuhan, Kenshido International telah berjaya membantu beribu pelajar Skor A dalam peperiksaan utama kerajaan termasuklah UPSR, PMR dan SPM. Hari ini, jenama Score A telah unggul.

                                            LEMBAGA PENGARAH
Mr. Jason Kok Min Chong
                                                              Presiden dan Group CEO

Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.
Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggugjawab mepelopori perkembangan dan halatuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.
     En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.
                                                                       4 Kepakaran:

:: Pengurusan kewangan ::
:: Pembina impian :: 
:: Perhubungan Networker :: 
:: Latihan sistem :: 
   :: Sokongan sistem :: 

Mr. Steven Cheong Chee Meng
       Pengurus Besar

En. Steven Cheong bermula kerjaya beliau sebagai Penolong pengurus pentadbiran selepas graduan di Perth, Australia. Beliau pulang ke Malaysia dalam tahun 1973 dan mula berkecimpung dalam industri MLM berikutan dengan bukti-bukti yang tercatat. En. Steven Cheong telah mencapai kejayaan dalam kedua-dua industri pemasaran satu tingkat (single level) dan berbilang tingkat (multi level).
En. Steven Cheong pernah menjayakan beberapa syarikat MLM apabila memegang jawatan sebagai pengurus besar dan pengarah pemasaran dan Pentadbiran. Dengan pengalaman dan pendedahan melebihi 30 tahun dalam industri MLM. Beliau yakin mencatat rekod dan mencecah pendapatan untuk networker serta menyumbang dan membawa Kenshido International ketahap yang lebih tinggi

Kepakaran:

::Pengurusan::
::Pehubungan awam::
::Penceramah umum::
::Pembina rangkaian::
::Motivasi::


Puan Norlia Ahmad
  Executive Iron Lady

Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkaikerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai asset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.

Dato’ Ghazali Bin Uda Umar
Director of ScoreA™ Worldwide Sdn Bhd

Education Director

Dato’ Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang “Diploma in Higher Education Admin” dari University of London.

Dalam bidang pendidikan, Dato’ Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Srurhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.

Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato’ Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.


                                

:: Potensi Web Education Menjelang 2010 di Seluruh Negara ::



Siapakah beliau ini??

Beliau ialah Peter Drucker Icon Perniagaan Dunia berumur 92 tahun dan telah menulis 30 buku mengenai kemasyarakatan,politik, ekonomi dan pengurusan serta telah menyumbang penulisan artikel di dalam Wall Street Journal dan Harvard Business Review.


Menurut beliau, ‘Webucation’ adalah merupakan peluang perniagaan yang paling berpotensi di masa hadapan malah lebih berpotensi dari Makanan Kesihatan dan Komunikasi. Perniagaan ini dikategorikan sebagai Ekonomi Matahari Terbit dimana ia mempunyai peluang yang cerah untuk berjaya dalam satu jangkamasa yang panjang.

Di Malaysia , pada tahun 2010, Kerajaan telah mensasarkan semua sekolah menjadi sekolah Bestari dimana pada ketika itu, para pelajar akan belajar secara online melalui laman sesawang dan portal pendidikan seperti Program Score A.
  


                                   ‘LEVERAGE’ –“Work Smart” – Explosive Income


Permintaan Yang Tinggi

Produk pendidikan ialah produk keutamaan setiap keluarga

Kadar Penolakan Yang Rendah

Majoriti manusia mementingkan pendidikan tidak kira latar belakang

Anti Kemelesetan Ekonomi

Pendidikan ialah produk keperluan sama ada masa ekonomi makmur atau gawat

Pasaran yang sedia ada – 5 juta pelajar

Pelajar sekolah ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa

Pasaran sentiasa berkembang

500, 000 pelajar baru tahun 1 setiap tahun

Tiada Tandingan – 99% Syarikat Networking bukan produk pendidikan (majoritinya produk kesihatan, kecantikan, penjagaan kereta & rumah)

Perniagaan Jangka Masa Panjang ( Dunia & Akhirat)

Pendapatan Royalti (Selama 9 Tahun)



:: Kenshido International Diiktiraf Syarikat Patuh Syariah/”Syariah Compliance” ::


Ramai yang pertikaikan dan ragu-ragu dengan produk "Score Program" sebagai MLM.Jadi syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah diikitiraf sebagai Syarikat Patuh Syariah/‘Syariah Compliance’ dari Bank Muamalat memandangkan terllau banyak skim MLM yang banyak di luar sana.Oleh itu syarikat Kenshido International telah membuktikan bahawa Score A programme adalah berlandaskan syariah.

Antara panel syariah di Bank Muamalat ialah:

1.Ustaz Azizi Seman :Pensyarah Syariah Ekonomi ,Akademi pengajian Islam UM(Universiti Malaya)

2.Ustaz Dr Engku Fadzil :Pensyarah undang2 Islam ,UIA (Universiti Islam Antarabangsa)


Mengapa Kenshido International layak mendapat pengiktirafan tersebut:

1.Produk yang ditawarkan mesti benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius. Kualiti dan keberkesanannya mesti dapat dibuktikan dan menjadi kekuatan kepada syarikat tersebut.

Kenshido International pada mulanya bukan syarikat berasaskan network marketing. Hanya selepas tempoh percubaan dan pembangunan program Score A dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menunjukkan pencapaian cemerlang, barulah syarikat membuat keputusan menggunakan platform ’network marketing’.

Apa yang saya tahu ini adalah satu peluang yang baik kerana syarikat tidak hanya berhasrat memberikan portal pendidikan terbaik kepada para pelajar sekolah di Malaysia. Syarikat juga mengambil kira beban yang ditanggung oleh ibubapa untuk menampung kos pendidikan anak-anak di sekolah. Justeru itu, program pendidikan ini kini menjadi sumber pendapatan keluarga dan sumber kecemerlangan pelajar Malaysia.

Program ini mempunyai rekod prestasi cukup baik melalui testimoni pelajar, ibubapa dan pihak sekolah. Selama 7 tahun, Score A terus menyumbangkan kepada pembangunan pendidikan alternatif berasaskan online di negara ini. Jika masih ragu boleh layari www.scorea.com/

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.
Score A Programme ialah produk Output Learning yang boleh diakses secara talian pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja (online tuition). Satu set portal mengandungi 2 kad untuk kegunaan satu keluarga (untuk 2 anak) selama 6 bulan. Harga hanya RM596 untuk semua subjek (100% mengikut silabus Kementerian Pendidikan).

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Keuntungan daripada jualan portal pengguna Score A ialah jelas mengikut pakej yang dibeli oleh usahawan Score A. Contohnya ahli ePartner (pakej Rm1,788) mendapat untung bersih RM1192 selepas ditolak duit modal.

Bayaran bonus oleh Kenshido International ialah yang tertinggi di Malaysia setakat ini.Usahawan Score A Programme samada baru ataupun sudah lama dalam bisnes ini, bersaing secara sihat dalam level yang sama. Maksudnya pendapatan masuk hasil daripada usaha setiap ahli usahawan. Orang atas tidak akan dapat apa-apa jika hanya melaburkan modal tanpa berusaha. Tidak heran jika ahli yang baru 3-4 bulan join dah masuk list millionaire earner.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya.
Setiap ahli yang menyertai Score A Programme juga adalah pengguna. Contohnya ibubapa yang menyertai dengan tujuan untuk memberikan program pendidikan terbaik untuk anak mereka. Apabila mereka perkenalkan program ini kepada ibubapa lain, mereka mendapat keuntungan 100% daripada hasil jualan portal tersebut. Kami mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
Ahli hanya mengeluarkan modal sekali sahaja seumur hidup. Portal pendidikan Score A ini tidak ada tarikh luput. Ia boleh disimpan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna lain dengan harga yang telah ditetapkan iaitu RM596. Setelah habis semua portal yang ada, ahli tidak perlu membeli portal baru, tetapi boleh membantu downline jual portal mereka (teamwork). Selain itu, jika anda prospect yang mahu join mereka tetapi tidak mempunyai modal, portal ini boleh digunakan untuk menaja prospect tersebut.

6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya.
Setiap ahli Score A Programme ialah ‘leader’. Setiap hari di seluruh Malaysia ada diadakan sesi preview/taklimat berkaitan program ini. Melalui sesi ini, ahli baru akan diberi maklumat, motivasi, teknik yang betul untuk bermula, cara mencari prospect, cara buat closing, training dan sokongan untuk sistem k-office online. Ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk berjaya melalui peluang perniagaan ini. Kami mempunyai sistem yang terbukti berkesan, praktikal, mudah dan cepat untuk dijadikan panduan. Seterusnya hanya lakukan duplikasi sahaja.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Saya sudah menerangkan tadi yang semua ahli usahawan Score A bersaingan ’in the same playing level’. Ini ialah perniagaan anda, bukan perniagaan upline ataupun downline anda. Nak berjaya dalam Score A, anda kena berusaha. Saya sangat tidak mementingkan kuantiti downline di bawah saya, tetapi kualiti yang ada pada setiap orang. Tidak ada guna ada 1000 downline tetapi 90% semua ‘tidur’.

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
Pelan pemasaran Score A sangat mudah untuk difahami. Tidak banyak yang perlu dipelajari kerana produk hanya ada satu iaitu portal Score A sahaja. Tidak ada kos-kos tersembunyi.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Saya sudah menerangkan tadi yang keuntungan dalam perniagaan Score A ini ialah berdasarkan pakej yang diambil semasa mendaftar sebagai ahli. Semakin besar pakej semakin besar dan cepat keuntungan yang diperolehi. Walaupun begitu untuk ahli yang start dengan pakej kecil boleh ’upgrade’ kepada pakej yang lebih besar kemudian. Upline dengan pakej yang lebih besar (eE dan eMax) lebih menguntungkan kerana dapat duit processing fee (RM80) dan ’commission rolled up’.

*****************************************************************************

      Dalam melakukan kajian terhadap Kenshido/Score A, kedua-dua Penasihat Syariah Kenshido telah melakukan kajian :



1. Menilai produk portal Score A Programme


2. Menilai Pelan Pemasaran secara terperinci (kedua-dua pelan Fast Start Bonus - Bonus Harian dan pelan Leadership Bonus - Bonus Bulanan)


3. Menilai latar belakang dan maklumat berkenaan syarikat Kenshido International


4. Menghadiri program-program preview dan latihan kelolaan Kenshido


5. Melawat pusat server Kenshido/ Score A


6. Bermesyuarat dengan wakil syarikat dan wakil networker secara berkala sejak Oktober 2009 hingga Februari 2010

    Kedua-dua Penasihat Syariah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI untuk terlibat dalam perniagaan MLM Score A agar mereka kekal independent dan neutral


:: Testimonial ::






















:: Pakej-pakej Usahawan Score A ::

                                                      PAKEJ SCORE A



                                                SCORE A TUISYEN !!

Walaupun penglibatan di dalam Pakej eUser tidak memberi peluang kepada pengguna untuk memperolehi portal secara percuma seperti di atas, namun sebagai perbandingan ia masih murah dibandingkan dengan tuisyen. Malah ramai jugai bubapa yang melanggan portal Score A menghentikan penghantaran anak kepusat tuisyen kecuali kes-kes tertentu di mana si anak itu terlalu lemah sesuatu subjek, justeru memerlukan bantuan bersemuka dengan guru pakar.


Kita tidak mengatakan tuisyen langsung tidak diperlukan.Ia pun ada peranan, cuma kebergantungan sebahagian besar ibubapa keatas tuisyen dapat dikurangkan dengan penggunaan portal Score A.

Atas sebab itulah, Portal Score A boleh dianggap sebagai "tuisyen-di-rumah" atau "home-tuition"

:: Apa yang perlu anda tahu ?? ::

Kenshido International Sdn Bhd (556600-A) (AJL 931448) - kenshido.com

1. Apakah Score A Programme™?
Score A Programme™ adalah satu program interaktif yang komprehensif dan terbukti keberkesanannya untuk membantu para pelajar bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan.
2. Apakah Pembelajaran Input?
"Pembelajaran Input" adalah proses memasukkan maklumat ke dalam sel-sel otak anda. Pembelajaran sekolah sama ada dengan menghadiri kelas di sekolah mahupun mengikuti kelas-kelas tambahan di pusat-pusat tuisyen, membaca, mengulang kaji dan menghafal merupakan "Pembelajaran Input".
Terlalu ramai para pelajar menggunakan hanya "Pembelajaran Input", dan inilah punca utama mengapa mereka hanya mendapat pencapaian yang sederhana di dalam peperiksaan mereka. Untuk menyerlah di dalam peperiksaan, anda perlu "Pembelajaran output" yg berterusan.
3. Apakah Pembelajaran Output?
Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih para pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme.
4. Mengapa pelajar memerlukan Score A Programme™?
Score A Programme™ telah direka khas secara terperinci bagi menyediakan kepada para pelajar suatu kaedah pembelajaran yang sempurna untuk membantu mereka menghadapi peperiksaan. Dengan mengikuti Score A Programme™, para pelajar boleh menilai kemajuan dan prestasi akademik mereka sendiri dengan mudah dan lebih berkesan. Dengan ini, mereka boleh menilai sendiri tahap keupayaan, kesediaan dan kefahaman mereka tentang apa yang mereka telah pelajari di sekolah. Score A Programme™ memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.
5. Kenapa eReport Card dalam Score- A Programme™ penting?
eReport Card merupakan satu ciri yang MESTI ADA di dalam Score A Programme™. Ini adalah untuk memberi maklumat yang terkini kepada ibu bapa tentang kemajuan akademik anak-anak mereka, dan dengan ini ibu bapa dapat mengenalpasti setiap kelemahan dan kekurangan akademik anak-anak mereka sebelum menerima kad laporan sekolah anak-anak mereka. Ini akan membolehkan ibubapa memantau akademik anak-anak mereka dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki prestasi akademik mereka.
6. Apakah aras dan mata pelajaran yang terkandung dalam Score A Programme™?
Semua mata pelajaran yang diajar di sekolah kebangsaan terkandung dalam Score-A Programme™, dan meliputi setiap peringkat persekolahan, bermula dari Tahun 1 ke Tingkatan 3. Score-A Programme™ juga merangkumi semua mata pelajaran yang diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Segala perisian Score-A Programme™ direka secara khusus untuk mengikuti kurikulum Kementerian Pendidikan, dan meliputi semua peringkat peperiksan kerajaan daripada UPSR dan PMR.
7. Adakah Score-A Programme™ akan membebankan anak saya?
Tidak. Score A Programme bukan satu pengulangan kaedah Pembelajaran Input, dan dengan itu tidak akan membebankan anak anda.
8. Perlukah anak saya mengikuti Score-A Programme™ jika sekarang ini dia juga menghadiri kelas tuisyen?
Perlu, kerana tuisyen adalah satu lagi kaedah Pembelajaran Input. Sebenarnya, Score A Programme™ merupakan pelengkap yang baik bagi kelas tuisyen anak anda.
9. Mengapakah Score-A Programme™ hanya menumpu pada soalan dalam bentuk objektif?
Kerana Score-A Programme™ menggunakan teknik Pembelajaran Output dan menguji para pelajar atas tahap pengetahuan dan kefahaman mereka menerusi dalam bentuk objektif.
10. Adakah bayaran yuran yang dikenakan untuk melanggani Score-A Programme™ berpatutan?
Ya, Score-A Programme™ adalah satu program yang mampu diguna oleh semua lapisan masyarakat dan sangat bermanfaat.

i. Harga Score- A Programme™ berdasarkan "satu keluarga". Oleh itu, lebih ramai anak dalam satu keluarga, yuran pembayaran akan lebih murah.
ii. Score- A Programme™ membenarkan setiap pengguna untuk berlatih dengan soalan peperiksaan yang tersedia berulang kali dengan tidak terhad, tanpa perlu membayar wang yang lebih. Program ini adalah berdasarkan konsep - "berlatih mencapai kesempurnaan"